Powered By Blogger

Friday, April 23, 2010

Pemimpin..




Pemimpin.. seperti yang kita tahu pemimpin merupakan seseorang yang memimpin kita. Contohnya, seorang Ketua. Ketua perlu menjalankan amanah yang dipegang.Mereka perlu melaksanakan tugasan mereka sebagai seorang pemimpin. Jika seseorang pemimpin yang tidak menjalankan tugasannya. Maka lantilah pemimpin yang baru. Yang berwibawa , patuh,amanah , jujur dan mampu memegang tanggungjawab yang diberikan. Jika seseorang yang menjadi seorang pemimpin. Mereka haruslah mempunyai sifat-sifat tersebut. janganlah dengan hanya jani-janji manis bagai 'menanam tebu di tepi mulut' tetapi tidak ditunaikannya.




Iktibarnya ialah jika kita merupakan seorang pemimpin. Jalankanlah amanah yang dipikul. Jangan biarkan anak buah anda berasa kecewa....... Amin..

Stesen.....1,2,3,4


Hidup di dunia ini, ibaratkan sebuah stesen. Stesen Pertama kita berada di alam rahim ibu. Di sinilah kita bermula.Kita ditiupkan roh lalu hidup di dunia ini . Seterusnya, kita berada di sini iaitu alam dunia dan merupakan stesen yang paling kita gemar , Stesen Kedua. Di sinilah kita perlu menggunakan masa di dunia ini dengan manfaatnya. Dunia ini ibarat sebuah stesen sebelum ke stesen yang seterusnya iaitu Stesen 'Ketiga' . Stesen yang amat manusia takuti. Stesen Ketiga merupakan stesen ' ALAM BARZAH '. Di sinilah, manusia akan disoal.." Siapakah Tuhanmu!!'' 'Aaa...Aaa...' Terus malaikat libas 7 hektar ke dalam bumi." Siapakah Rasulmu?" 'Aaa....Aaa....' Lagi sekali malaikat libas jatuh ke dalam bumi. Stesen Ketigalah paling manusia takuti tetapi manusia lupa ada Stesen Terakhir iaitu Stesen Keempat. Stesen yang di mana kita berada di padang Mashar. Di sinilah kita akan dihisab amalan kita sepanjang kita berada di Stesen Kedua iaitu sepanjang amalan kita di bumi. Kita akan menghadap mahkamah Allah. Mulut tidak dapat lagi menyembunyikan kesalahan kita. Anggota badan kita yang menjadi saksi-saksi. Kita akan dihisab sama ada hidup di Neraka atau Syurga....


Iktibarnya , perbanyakkanlah amalan kita ketika di bumi ini.Contohnya, berzikir-zikirlah ,sembahyang dan lakukan rukun Islam serta rukun Iman......Amin

Masa.....


Masa... dalam al-Quran pernah menyatakan bahawa sesungguhnya ' masa.. Sesungguhnya manusia sekarang berada dalam kerugian..' Saya lihat manusia zaman sekarang ini sama seperti yang dikatakan oleh allah melalui Al-quran. Manusia zaman sekarang ini membazir masa sepanjang waktu. Tiada perkara lain hendak dilakukankah? Hanya membazir waktu dengan melepak sana sini. Lebih baik kita banyak - banyak berzikir. Lagipun hidup di dunia ini hanya sementara hanya untuk mencari bekalan untu hari akhirat.Bekalan tersebut ialah ilmu.. BUKANNYA melepak dan berbual kosong!! Lebih baik kita hidup dengan penuhkan masa-masa lapang kita dengan kalimah 'lailahaillah'


Iktibarnya ialah jangan bazirkan masa kita. Manfaatkannya dengan perkara yang berfaedah..Amin..

Mencuri : Adakah ini cara hidup islam?


Sepanjang saya hidup. Sudah banyak kali saya terdengar ayat ini ' hei, selipar aku kena curilah" " Apalah kau ni, lebih kau curi selipar orang lain' . Dari dialog di atas, kebanyakkan masyarakat zaman sekarang ini. Memang suka mencuri. Satu persoalan, adakah mencuri ini perbuatan yang betul ataupun salah? ustaz saya pernah menyatakan kalau kita kehilangan sesuatu barang milik kita.Lebih baik kita hanya reda dengan ketentuan Allah. Ini mungkin merupakan musibah dari Allah. Tetapi apa yang saya lihat sekarang ini, mencuri ini menjadi suatu tabiat manusia zaman sekarang. Kalau kehilangan barang hanya mencuri barangan milik orang lain. Inikah budaya zaman sekarang?!! Lebih baik kita beristighfar & reda dengan ketentuan Allah.


Iktibarnya ialah kita sepatutnya jangan jadikan mencuri ini sebagai ' rutin' hidup kita.

Saturday, April 17, 2010

Duit di bawah sejadah

Pada zaman Rasulluah dahulu, terdapat seorang pemuda yang kuat imannya. Semasa dalam perjalanan untuk pergi ke surau. Dia ternampak seseorang sedang menyembah pokok. Pemuda tersebut dengan marahnya mengambil kapak untuk menebang pokok tersebut. Tetapi perjalanan pemuda tersebut dihalang oleh syaitan. Pemuda tersebut berlawan dengan syaitan tersebut. Keputusannya dimiliki oleh pemuda tersebut. Pemuda itu berjaya mengalahkan syaitan tersebut kerana dia ikhlas kerana Allah untuk melakukan perbuatannya itu. Syaitan itu berkata 'Tolong jangan potong pokok tersebut saya akan bagi kamu wang' tanpa berfikir pemuda itu terima 'Mana saya boleh dapat wang tersebut' . Syaitan itu berkata ' Setiap kali lepas habis sembahyang. Angkat sejadah tersebut. Di bawahnya terdapat duit' Pemuda itu lalai lalu menerima perjanjian tersebut. Tiap-tiap hari pasti dia terima duit tersebut. Tetapi pada suatu hari duit itu tidak terdapat di bawah sejadahnya itu. Pemuda itu dengan marah terus pergi untuk menebang pokok tersebut dengan hati yang marah. Syaitan itu lagi sekali muncul untuk menghalangnya. Tetapi kali ini syaitan itu menang kerana lelaki tersebut hendak menebang pokok tersebut bukan kerana Allah tetapi tidak mendapat duit. Dengan perasaan yang malu pemuda itu melarikan diri dari situ

Iktibar dari cerita ini ialah kita haruslah melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah.Amin

contohi dakwah rasulluah


Semasa Rasulluah SAW menjejak kaki di bumi Madinah.Ramai sekali menerima agama baru mereka iaitu agama islam. Tetapi hanya seorang sahaja tidak mahu menerima agama baru ini. Iaitu seorang perempuan tua yang buta.'tidak guna kamu Muhammad,membawa agama islam ke kota Madinah' Setiap perbuatannya mesti bermula dengan ayat ' celaka Muhammad '. Semasa perempuan tua ini hendak meninggalkan kota madinah. Nabi Muhammad SAW bertemu dengannya. Dengan kuasa Allah , perempuan tua itu terlupa bertanya siapakah pemuda yang bertemu dengannya. Perempuan tua itu mahu pergi ke tengah padang pasir . Nabi memimpin perempuan tua itu ke tengah-tengah padang pasir.'Nampaknya kita sudah berada di tengah -tengah padang pasir,apa yang mahu nenek buat di sini?' tanya nabi kepada perempuan tua itu.'Nenek mahu tinggal di sini'balas perempuan tua itu,'tetapi tiada rumah di padang pasir ini'lalu nabi pergi membuat rumah yang ringkas untuk nenek tersebut.'Terima kasih nak' kata perempuan tua itu. Lalu nabi pulanhg ke Madinah.Tiap-tiap hari, nabi pasti akan berulang-balik ke madinah dari tempat nenek tersebut untuk memberi makanan untuk nenek tersebut. Setiap kali nenek itu hendak makan . Akan Nabi menyuapkannya.Tetapi setiap kali di suap akan dikatanya ' celaka wahai Muhammad'.Nabi bersabar sahaja.Hari makin meningkat.Bila tibanya hari kemangkatan Nabi Muhammad SAW. Nabi berpesan kepada Abu Bakar untuk meneruskan memberi makanan kepada nenek tua itu. Apabila sampai di tempat nenek itu. Abu Bakar menyuap nenek tersebut. Nenek tersebut menolak tangan Abu Bakar.Nenek itu berkata 'Siapakah kamu? Kamu bukan pemuda yang menyuapku selama ini. Bunyi tapak kaki kamu tidak seperti dahulu. Tangan kamu kasar,bukannya seperti dahulu halus tangannya. Siapakah pemuda yang selama ini menolong aku?' . Terhentak sebentar Abu Bakar. Abu Bakar menangis mengenang semula Nabi Muhammad. Dengan keadaan menangis Abu Bakar berkata ' Pemuda tersebut ialah Nabi Muhammad SAW'. Nenek itu tersebut kerana tidak pernah menyangkan bahawa pemuda tersebut ialah Nabi Muhammad SAW. Nenek tersebut terus mengangkat tangannya lalu mengucap ..... 'Aku selama ini telah melakukan perkara yang amat memalukan selama ini. Amat baik budi pekerti Nabi Muhammad. Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah'


iktibar dari cerita ini. Marilah kita contohi Rasulluah. Amin..