Pada zaman Rasulluah dahulu, terdapat seorang pemuda yang kuat imannya. Semasa dalam perjalanan untuk pergi ke surau. Dia ternampak seseorang sedang menyembah pokok. Pemuda tersebut dengan marahnya mengambil kapak untuk menebang pokok tersebut. Tetapi perjalanan pemuda tersebut dihalang oleh syaitan. Pemuda tersebut berlawan dengan syaitan tersebut. Keputusannya dimiliki oleh pemuda tersebut. Pemuda itu berjaya mengalahkan syaitan tersebut kerana dia ikhlas kerana Allah untuk melakukan perbuatannya itu. Syaitan itu berkata 'Tolong jangan potong pokok tersebut saya akan bagi kamu wang' tanpa berfikir pemuda itu terima 'Mana saya boleh dapat wang tersebut' . Syaitan itu berkata ' Setiap kali lepas habis sembahyang. Angkat sejadah tersebut. Di bawahnya terdapat duit' Pemuda itu lalai lalu menerima perjanjian tersebut. Tiap-tiap hari pasti dia terima duit tersebut. Tetapi pada suatu hari duit itu tidak terdapat di bawah sejadahnya itu. Pemuda itu dengan marah terus pergi untuk menebang pokok tersebut dengan hati yang marah. Syaitan itu lagi sekali muncul untuk menghalangnya. Tetapi kali ini syaitan itu menang kerana lelaki tersebut hendak menebang pokok tersebut bukan kerana Allah tetapi tidak mendapat duit. Dengan perasaan yang malu pemuda itu melarikan diri dari situ
Iktibar dari cerita ini ialah kita haruslah melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah.Amin
No comments:
Post a Comment