Powered By Blogger

Friday, April 23, 2010

Stesen.....1,2,3,4


Hidup di dunia ini, ibaratkan sebuah stesen. Stesen Pertama kita berada di alam rahim ibu. Di sinilah kita bermula.Kita ditiupkan roh lalu hidup di dunia ini . Seterusnya, kita berada di sini iaitu alam dunia dan merupakan stesen yang paling kita gemar , Stesen Kedua. Di sinilah kita perlu menggunakan masa di dunia ini dengan manfaatnya. Dunia ini ibarat sebuah stesen sebelum ke stesen yang seterusnya iaitu Stesen 'Ketiga' . Stesen yang amat manusia takuti. Stesen Ketiga merupakan stesen ' ALAM BARZAH '. Di sinilah, manusia akan disoal.." Siapakah Tuhanmu!!'' 'Aaa...Aaa...' Terus malaikat libas 7 hektar ke dalam bumi." Siapakah Rasulmu?" 'Aaa....Aaa....' Lagi sekali malaikat libas jatuh ke dalam bumi. Stesen Ketigalah paling manusia takuti tetapi manusia lupa ada Stesen Terakhir iaitu Stesen Keempat. Stesen yang di mana kita berada di padang Mashar. Di sinilah kita akan dihisab amalan kita sepanjang kita berada di Stesen Kedua iaitu sepanjang amalan kita di bumi. Kita akan menghadap mahkamah Allah. Mulut tidak dapat lagi menyembunyikan kesalahan kita. Anggota badan kita yang menjadi saksi-saksi. Kita akan dihisab sama ada hidup di Neraka atau Syurga....


Iktibarnya , perbanyakkanlah amalan kita ketika di bumi ini.Contohnya, berzikir-zikirlah ,sembahyang dan lakukan rukun Islam serta rukun Iman......Amin

No comments:

Post a Comment