Powered By Blogger

Thursday, August 26, 2010

Crocs


Selama ini ana tidak tahupun mengenai perkara ini. Tetapi setelah terperasan perkara ini di laman web. Ana mula curiga... Ana fikir banyak kali tetapi tidak dapat dinafikan lagi perkara ini. Kasut ataupun selipar 'crocs' yng selalu kita pakai itu sebernarnya mengandungi kalimah yng hampir -hampir serupa dengan kalimah Allah. Jadi berhati-hatilah selepas ini lihatlah gambar tersebut....

Friday, May 28, 2010

Buang Bayi : Adakah jalan pintas hapus dosa

Ya, memang benar. Tiada sesiapapun yang pernah meminta dirinya untuk dilahirkan di dunia ini. Tiada yang merayu-rayu untuk melayan kerenah dunia ini. Tiada sesiapapun pernah.... Namun, kita masih hidup di dunia, di sini. Diizinkan Allah SWT untuk menghuni dunia ini, bagi tujuan yang sama iaitu menyembah-Nya. Namun, ramai antara kita dilahirkan disambut dengan senyuman keluarga. Dilaungkan azan. Diberikan kasih sayang, malah dibesarkan dengan penuh dengan kemanjaan bagai menatang minyak yang penuh. Tetapi...... Itu kita........

Cukup berbeza dengan perkembangan mutakhir ini. Jiwa penuh dengan kerisauan dan keresahan. Apabila tiap-tiap minggu kita dihidangkan dengan berita pembuangan bayi... Mereka juga tidak pernah meminta untuk dilahirkan semata- mata untuk dibuang. Itu namanya kerja kurang akal.Belum sempat mereka melihat dunia , Tempat pertama dan tempat terakhir mereka di dalam tong sampah. Sedar-sedar, jasad mereka dijumpai dalam keadaan ngeri. Jenayah apa ini?

Memang benar kata orang tua bahawa dunia sekarang ini pelik. Sudah terlanjur kemudian buang bayi. Semata-mata mahu mengelak aib di muka mereka.

Keseronokkan sementara= menderita selamanya.

Salah didikan agamakah? Salah ibu bapakah?

Iktibarnya, ialah janganlah sesekali terpenaru dengan nafsu. Jangan membiarkan nafsu kita bermaharajalela. Ingatlah, Allah tidak pernah lupa memehartiakn gerak-geri hamba dan makhluk-Nya . Ingatlah.............

Kebenaran Mukjizat Rasulluah

Terbelahnya bulan dalam Al Qur'an dan Hadits Ada sebuah ayat di dalam al Qur'an yang menyatakan bahwa bulan [pernah/ada] terbelah ketika zaman telah mendekati kiamat. Sengaja kata pernah dan akan saya beri kurung karena ada beberapa penafsiran tentang ayat ini. Selengkapnya arti ayat tersebut adalah sebagai berikut:
Telah dekat datangnya saat itu dan telah terbelah bulan. (QS Al Qomar (54): 1)

Dalam catatan kaki dari terjemahan al Qur'an Departemen Agama RI, ditulis: Yang dimaksud dengan saat di sini ialah terjadinya hari kiamat atau saat kehancuran kaum musyrikin, dan "terbelahnya bulan" ialah suatu mukjizat Nabi Muhammad SAW.

Memang ada hadits yang meriwayatkan peristiwa terbelahnya bulan di masa Nabi saw. masih di Mekah. Hal ini terjadi ketika kaum musyrikin 'menantang' Nabi untuk menunjukkan bukti kenabiannya dengan meminta membelah bulan.

Berikut adalah beberapa di antaranya: (Terima kasih kepada seorang pembaca yang menunjukkannya)

  1. Hadis riwayat Abdullah bin Masud ra., ia berkata: Bulan terbelah menjadi dua pada masa Rasulullah saw., lalu Rasulullah saw. bersabda: Saksikanlah oleh kalian. (Shahih Muslim No.5010)
  2. Hadis riwayat Anas ra.: Bahwa penduduk Mekah meminta kepada Rasulullah saw. untuk diperlihatkan kepada mereka satu mukjizat (tanda kenabian), maka Rasulullah saw. memperlihatkan kepada mereka mukjizat terbelahnya bulan sebanyak dua kali. (Shahih Muslim No.5013)
  3. Hadis riwayat Ibnu Abbas ra.: Sesungguhnya bulan pernah terbelah pada masa Rasulullah saw.. (Shahih Muslim No.5015)
Bukti  bulan pernah terbelah - Gambar ngarai di permukaan bulan

Klaim gambar bukti bulan terbelah di internet

Sejak cukup lama, telah beredar melalui internet sebuah gambar permukaan bulan yang diklaim sebagai bukti pernah terbelahnya bulan sekaligus bukti 'kebenaran' ayat di atas. Gambar aslinya dapat dilihat pada situs Badan Antariksa Amerika (NASA).

Di sana terlihat sebuah ngarai (semacam kanal kering) besar yang lurus membentang, dan mengesankan sebuah bekas patahan atau belahan yang tersambung kembali. Tetapi, jika kita bersedia membaca lebih jauh keterangan dari NASA mengenai gambar tersebut, orang akan berpikir ulang untuk menyatakan bahwa ngarai tersebut merupakan bekas terbelahnya bulan.

  1. gambar patahan di permukaan bulan - tampak atas
    Sumber gambarJadi, tidak tepat menjadikan gambar di atas sebagai bukti bahwa bulan pernah terbelah.Bagi kita, yang mengimani Allah, ayat tersebut harus dipercayai. Ditambah lagi ada hadits shahih yang menyatakan memang demikian. Jikalau belum ada bukti yang kita inginkan, tidak seharusnya kita mengurangi keimanan. Allah Maha Kuasa untuk membelah bulan. Dan Ia pun kuasa untuk menyatukannya kembali, dengan atau tanpa bekas. Semuanya mudah bagi Allah.

Semua artikal ini diambil dari al-habib.........

Thursday, May 27, 2010

'couple itu haram'


Couple itu haram. Mengapa saya mengatakan begini kerana Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Dengan firman Allah tersebut,kita dilarang sama sekali ber'couple'. Tetapi sesetengah orang berkata kepada saya yang 'couple' itu tidak haram selagi tidak berzina. Itu pandangan orang lain. Dari sudut pandangan saya pula couple itu haram kerana apabila kita memandang seseorang itu akan terlintas di dalam hati kita itu akan seseorang itu lalu menimbulkan khayalan. Khayalan ini menyebabkan kita mempunyai 'keinginan' lalu timbul zina kecil.. lama-kelamaan akan timbul pula zina besar. Jika pembaca masih belum memahami saya terangkan dengan lebih senang. Baiklah cuba lihat persamaan di bawah:

Couple= menghampiri zina
Menghampiri zina=haram

Maka couple itu haram.....

iktibarnya ialah janganlah kita sesekali ber'couple' kerana kita akan melakukan dua kesalahan iaitu zina mata dan zina hati. Jika inginpun selepas kahwin jawabnya bak kata orang kahwin dahulu bercinta kemudian....

Setiap perbuatan itu akan dibalas......




Nabi Muhammad pernah bersabda Allah berfirman, setiap perbuatan itu akan dibalas walaupun sebesar zaharahpun. Oleh itu dengarlah suatu kisah yang seangkatan dengannya....

Kisah-kisah.......

Terdapat seorang musafir yang berada di Makkah . Pemuda itu sudah kehabisan wang. Semasa berjalan di padang pasir, pemuda tersebut terjumpa satu kalung yang antik. lalu disimpannya. Semasa berjalan lagi pemuda tersebut terdengar seseorang yang sedang mencari kalung serupa dengan yang dijumpainya. Lepas itu pemuda itu beredar sahaja tanpa mengucap terima kasih. Lagi sekali musafir itu tiada mempunyai apa-apa. Musafir tersebut pergi ke tepi pantai dan menaiki sampan untuk berlayar. Tetapi 'malang tidak berbau' musafir itu dilanda ribut. Selepas beberapa jam. Musafir itupun sedar dan berada di sebuah pulau. Maka Musafir tersebut pergi ke surau untuk bersembahyang. Selepas menunaikan solat, musafir tersebut membaca kitab Al -Quran. Semasa membaca ramai penghuni surau itu mendekatinya. 'Adakah anda pandai membaca Al-Quran?' lalu musafir itu menjawab' Ya' ' Jadi tolong ajarkan anak kami.' Lalu diajarkan kepada anak mereka dengan bayaran. Selepas pemuda tersebut menulis. ' Adakah kamu reti menulis? ' ' Ya' Lalu dijarnya anak mereka menulis dengan bayaran. Di pulau tersebut terdapat seorang gadis yang masih belum bersuami. Lalu Musafir tersebut berkahwin dengan gadis tersebut. Pada malam pertama, musafir tersebut ternampak isterinya memakai kalung antik seperti yang dijumpainya. lalu si suami bertanya. ' Apakah asal-usul kalung tersebut. Lalu dicerita kepada suaminya. Kalung itu merupakan milik ayahnya.pernah sekali kalung tersebut hilang di Makkah lalu dijumpai oleh seorang pemuda. Ayahnya berharap anak perempuannya itu dikahwinkan dengan pemuda seprti dengan pemuda yang menjumpai kalungnya itu.. Di akhir cerita ini Si Suami itupun sergah ' Sayalah pemuda tersebut'

Iktibar dari cerita ini ialah setiap perkara yang dilakukan itu akan dibalas oleh Allah samada sebesar zaharahpun........

Monday, May 17, 2010

Kisah kematian...


Kita selalu berharap agar dapat hidup lama di atas muka bumi ini. Tetapi pernahkah kita terfikir bahawa suatu hari nanti kita akan menghadapi 'kematian'. Pada ketika zaman Rasulluah dahulu, umat islam hidup hanya untuk Allah SWT. Mereka sanggup berjihad hanya keranaNya. Tetapi setelah perginya Nabi Muhammad SAW. Kita makin lalai dan dikuasai ataupun diracuni oleh Yahudi. Tanpa disedari, ketika dahulunya. Kita sayangkan mati cintakan akhirat. Tetapi sekarang ianya berubah.... sayangkan dunia takutkan mati...


Kisah-kisah kematian...


Semasa pemandu bas sedang membawa penumpang untuk pergi ke bandar seterusnya. lalu pemandu bas tersebut terlihat seorang pemuda melambai-lambai tangannya untuk menaiki bas. Baiklah kita akan berhenti disini sebentar untuk mengambil pemuda itu. Penumpang -penumpang dalam bas tertanya -tanya. 'pemandu bas, siapa yang dimaksudkan pemuda itu?'

'takkan kamu tidak nampak ada pemuda sedang melambai-lambai tangannya untuk menaiki bas ini' hairan pemandu bas tersebut. ' Sumpah demi Allah kami tidak nampak sesiapapun di tepi jalan ?'

Apabila diberhentikan bas tersebut. Semua penumpang terkejut melihat pemandu bas tersebut secara tiba-tiba pengsan. Ruap-rupanya pemandu bas tersebut sudah menyhut seruan ilahi. Disebalik cerita ini . 'pemuda itu' sebenarnya ialah malaikat maut. Malaikat maut akan menarik nyawa kita bila -blia masa saja.


iktibarnya ialah kita hidup di dunia ini janganlah berharap akan hidup lama kerana Allah akan menarik nyawa kita bila- bila masa saja. cintailah mati sayangkan akhirat bebanding sayangkan dunia cintai hidup........... Amin.....

Friday, May 7, 2010

KELEBIHAN SUJUD


Ketika solatadalah waktu yang paling hampir antara kita dengan Allah SWT dan digalakkan untuk bersujud lebih lama. ini kerana apabila kita sujud mempunyai rahsia dan seribu hikmah. Dari segi perubatan , kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan pengaliran darah ke otak yang boleh mengelakan pening kepala, mirgain, menyegarkan otak serta menajamkan pemikiran akal fikiran.selain itu, ia juga dapat melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Manakala kesan dari segi psikologi pula adalah berasa rendah diri dihadapan Allah SWT, jauh dari sifat sombong, riak dan juga takbur

Saturday, May 1, 2010

Nikmat dan musibah...


Seperti yang kita tahu. Kita selalu berhadapan dengan 'nikmat & musibah'. Nikmat bermaksud semua keselesaan atau kesenangan yang kita terima. Manakala, musibah pula bermaksud segala kecelakaan atau kesusahan yang ditmpa oleh kita. Di Malayasia kita hidup dengan senang lenangnya tetapi bagaimana pula musibah ditimpa oleh saudara- mara kita di luar sana. Palestin, bumi islam yang saban hari mencurahnya darah di sana sini. Tiada siapakah yang dapat membantunya mengharungi musibah yang diturunkan kepada Palestin. Di manakah PBB? Di manakh OIC? Mengapa kita harus, membiarkan saudara - mara kita dilayan seperti binatang hina. Itulah sebab mengapa. Mengapa hari ini kita membazir nikmat yang kita terima. Mengapa kita membuat perkara yang membazirkan. Mengapa bumi Malaysia hari ini kita mempunyai ramai penagih dadah sana sini. Mengapa hari ini pelabagai sumbang mahram di sana sini. Mengapa hari ini berlakunya pembuangan BAYI. mengapa. Mengapa. MENGAPA??! Kita membazir nikmat yang kita terima. Kita sepatutnya bersyukur dengan nikmat yang kita terima. Jangalah membazirkan hidup di dunia ini dengan perkara yang tidak berfaedah....


Iktibarnya ialah janganlah kita marah apabila ditimpa musibah. Bersabarlah. Kalau kita menerima nikmat.Bersyukurlah.....Amin

Friday, April 23, 2010

Pemimpin..




Pemimpin.. seperti yang kita tahu pemimpin merupakan seseorang yang memimpin kita. Contohnya, seorang Ketua. Ketua perlu menjalankan amanah yang dipegang.Mereka perlu melaksanakan tugasan mereka sebagai seorang pemimpin. Jika seseorang pemimpin yang tidak menjalankan tugasannya. Maka lantilah pemimpin yang baru. Yang berwibawa , patuh,amanah , jujur dan mampu memegang tanggungjawab yang diberikan. Jika seseorang yang menjadi seorang pemimpin. Mereka haruslah mempunyai sifat-sifat tersebut. janganlah dengan hanya jani-janji manis bagai 'menanam tebu di tepi mulut' tetapi tidak ditunaikannya.




Iktibarnya ialah jika kita merupakan seorang pemimpin. Jalankanlah amanah yang dipikul. Jangan biarkan anak buah anda berasa kecewa....... Amin..

Stesen.....1,2,3,4


Hidup di dunia ini, ibaratkan sebuah stesen. Stesen Pertama kita berada di alam rahim ibu. Di sinilah kita bermula.Kita ditiupkan roh lalu hidup di dunia ini . Seterusnya, kita berada di sini iaitu alam dunia dan merupakan stesen yang paling kita gemar , Stesen Kedua. Di sinilah kita perlu menggunakan masa di dunia ini dengan manfaatnya. Dunia ini ibarat sebuah stesen sebelum ke stesen yang seterusnya iaitu Stesen 'Ketiga' . Stesen yang amat manusia takuti. Stesen Ketiga merupakan stesen ' ALAM BARZAH '. Di sinilah, manusia akan disoal.." Siapakah Tuhanmu!!'' 'Aaa...Aaa...' Terus malaikat libas 7 hektar ke dalam bumi." Siapakah Rasulmu?" 'Aaa....Aaa....' Lagi sekali malaikat libas jatuh ke dalam bumi. Stesen Ketigalah paling manusia takuti tetapi manusia lupa ada Stesen Terakhir iaitu Stesen Keempat. Stesen yang di mana kita berada di padang Mashar. Di sinilah kita akan dihisab amalan kita sepanjang kita berada di Stesen Kedua iaitu sepanjang amalan kita di bumi. Kita akan menghadap mahkamah Allah. Mulut tidak dapat lagi menyembunyikan kesalahan kita. Anggota badan kita yang menjadi saksi-saksi. Kita akan dihisab sama ada hidup di Neraka atau Syurga....


Iktibarnya , perbanyakkanlah amalan kita ketika di bumi ini.Contohnya, berzikir-zikirlah ,sembahyang dan lakukan rukun Islam serta rukun Iman......Amin

Masa.....


Masa... dalam al-Quran pernah menyatakan bahawa sesungguhnya ' masa.. Sesungguhnya manusia sekarang berada dalam kerugian..' Saya lihat manusia zaman sekarang ini sama seperti yang dikatakan oleh allah melalui Al-quran. Manusia zaman sekarang ini membazir masa sepanjang waktu. Tiada perkara lain hendak dilakukankah? Hanya membazir waktu dengan melepak sana sini. Lebih baik kita banyak - banyak berzikir. Lagipun hidup di dunia ini hanya sementara hanya untuk mencari bekalan untu hari akhirat.Bekalan tersebut ialah ilmu.. BUKANNYA melepak dan berbual kosong!! Lebih baik kita hidup dengan penuhkan masa-masa lapang kita dengan kalimah 'lailahaillah'


Iktibarnya ialah jangan bazirkan masa kita. Manfaatkannya dengan perkara yang berfaedah..Amin..

Mencuri : Adakah ini cara hidup islam?


Sepanjang saya hidup. Sudah banyak kali saya terdengar ayat ini ' hei, selipar aku kena curilah" " Apalah kau ni, lebih kau curi selipar orang lain' . Dari dialog di atas, kebanyakkan masyarakat zaman sekarang ini. Memang suka mencuri. Satu persoalan, adakah mencuri ini perbuatan yang betul ataupun salah? ustaz saya pernah menyatakan kalau kita kehilangan sesuatu barang milik kita.Lebih baik kita hanya reda dengan ketentuan Allah. Ini mungkin merupakan musibah dari Allah. Tetapi apa yang saya lihat sekarang ini, mencuri ini menjadi suatu tabiat manusia zaman sekarang. Kalau kehilangan barang hanya mencuri barangan milik orang lain. Inikah budaya zaman sekarang?!! Lebih baik kita beristighfar & reda dengan ketentuan Allah.


Iktibarnya ialah kita sepatutnya jangan jadikan mencuri ini sebagai ' rutin' hidup kita.

Saturday, April 17, 2010

Duit di bawah sejadah

Pada zaman Rasulluah dahulu, terdapat seorang pemuda yang kuat imannya. Semasa dalam perjalanan untuk pergi ke surau. Dia ternampak seseorang sedang menyembah pokok. Pemuda tersebut dengan marahnya mengambil kapak untuk menebang pokok tersebut. Tetapi perjalanan pemuda tersebut dihalang oleh syaitan. Pemuda tersebut berlawan dengan syaitan tersebut. Keputusannya dimiliki oleh pemuda tersebut. Pemuda itu berjaya mengalahkan syaitan tersebut kerana dia ikhlas kerana Allah untuk melakukan perbuatannya itu. Syaitan itu berkata 'Tolong jangan potong pokok tersebut saya akan bagi kamu wang' tanpa berfikir pemuda itu terima 'Mana saya boleh dapat wang tersebut' . Syaitan itu berkata ' Setiap kali lepas habis sembahyang. Angkat sejadah tersebut. Di bawahnya terdapat duit' Pemuda itu lalai lalu menerima perjanjian tersebut. Tiap-tiap hari pasti dia terima duit tersebut. Tetapi pada suatu hari duit itu tidak terdapat di bawah sejadahnya itu. Pemuda itu dengan marah terus pergi untuk menebang pokok tersebut dengan hati yang marah. Syaitan itu lagi sekali muncul untuk menghalangnya. Tetapi kali ini syaitan itu menang kerana lelaki tersebut hendak menebang pokok tersebut bukan kerana Allah tetapi tidak mendapat duit. Dengan perasaan yang malu pemuda itu melarikan diri dari situ

Iktibar dari cerita ini ialah kita haruslah melakukan sesuatu perkara itu kerana Allah.Amin

contohi dakwah rasulluah


Semasa Rasulluah SAW menjejak kaki di bumi Madinah.Ramai sekali menerima agama baru mereka iaitu agama islam. Tetapi hanya seorang sahaja tidak mahu menerima agama baru ini. Iaitu seorang perempuan tua yang buta.'tidak guna kamu Muhammad,membawa agama islam ke kota Madinah' Setiap perbuatannya mesti bermula dengan ayat ' celaka Muhammad '. Semasa perempuan tua ini hendak meninggalkan kota madinah. Nabi Muhammad SAW bertemu dengannya. Dengan kuasa Allah , perempuan tua itu terlupa bertanya siapakah pemuda yang bertemu dengannya. Perempuan tua itu mahu pergi ke tengah padang pasir . Nabi memimpin perempuan tua itu ke tengah-tengah padang pasir.'Nampaknya kita sudah berada di tengah -tengah padang pasir,apa yang mahu nenek buat di sini?' tanya nabi kepada perempuan tua itu.'Nenek mahu tinggal di sini'balas perempuan tua itu,'tetapi tiada rumah di padang pasir ini'lalu nabi pergi membuat rumah yang ringkas untuk nenek tersebut.'Terima kasih nak' kata perempuan tua itu. Lalu nabi pulanhg ke Madinah.Tiap-tiap hari, nabi pasti akan berulang-balik ke madinah dari tempat nenek tersebut untuk memberi makanan untuk nenek tersebut. Setiap kali nenek itu hendak makan . Akan Nabi menyuapkannya.Tetapi setiap kali di suap akan dikatanya ' celaka wahai Muhammad'.Nabi bersabar sahaja.Hari makin meningkat.Bila tibanya hari kemangkatan Nabi Muhammad SAW. Nabi berpesan kepada Abu Bakar untuk meneruskan memberi makanan kepada nenek tua itu. Apabila sampai di tempat nenek itu. Abu Bakar menyuap nenek tersebut. Nenek tersebut menolak tangan Abu Bakar.Nenek itu berkata 'Siapakah kamu? Kamu bukan pemuda yang menyuapku selama ini. Bunyi tapak kaki kamu tidak seperti dahulu. Tangan kamu kasar,bukannya seperti dahulu halus tangannya. Siapakah pemuda yang selama ini menolong aku?' . Terhentak sebentar Abu Bakar. Abu Bakar menangis mengenang semula Nabi Muhammad. Dengan keadaan menangis Abu Bakar berkata ' Pemuda tersebut ialah Nabi Muhammad SAW'. Nenek itu tersebut kerana tidak pernah menyangkan bahawa pemuda tersebut ialah Nabi Muhammad SAW. Nenek tersebut terus mengangkat tangannya lalu mengucap ..... 'Aku selama ini telah melakukan perkara yang amat memalukan selama ini. Amat baik budi pekerti Nabi Muhammad. Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah'


iktibar dari cerita ini. Marilah kita contohi Rasulluah. Amin..