
Semasa Rasulluah SAW menjejak kaki di bumi Madinah.Ramai sekali menerima agama baru mereka iaitu agama islam. Tetapi hanya seorang sahaja tidak mahu menerima agama baru ini. Iaitu seorang perempuan tua yang buta.'tidak guna kamu Muhammad,membawa agama islam ke kota Madinah' Setiap perbuatannya mesti bermula dengan ayat ' celaka Muhammad '. Semasa perempuan tua ini hendak meninggalkan kota madinah. Nabi Muhammad SAW bertemu dengannya. Dengan kuasa Allah , perempuan tua itu terlupa bertanya siapakah pemuda yang bertemu dengannya. Perempuan tua itu mahu pergi ke tengah padang pasir . Nabi memimpin perempuan tua itu ke tengah-tengah padang pasir.'Nampaknya kita sudah berada di tengah -tengah padang pasir,apa yang mahu nenek buat di sini?' tanya nabi kepada perempuan tua itu.'Nenek mahu tinggal di sini'balas perempuan tua itu,'tetapi tiada rumah di padang pasir ini'lalu nabi pergi membuat rumah yang ringkas untuk nenek tersebut.'Terima kasih nak' kata perempuan tua itu. Lalu nabi pulanhg ke Madinah.Tiap-tiap hari, nabi pasti akan berulang-balik ke madinah dari tempat nenek tersebut untuk memberi makanan untuk nenek tersebut. Setiap kali nenek itu hendak makan . Akan Nabi menyuapkannya.Tetapi setiap kali di suap akan dikatanya ' celaka wahai Muhammad'.Nabi bersabar sahaja.Hari makin meningkat.Bila tibanya hari kemangkatan Nabi Muhammad SAW. Nabi berpesan kepada Abu Bakar untuk meneruskan memberi makanan kepada nenek tua itu. Apabila sampai di tempat nenek itu. Abu Bakar menyuap nenek tersebut. Nenek tersebut menolak tangan Abu Bakar.Nenek itu berkata 'Siapakah kamu? Kamu bukan pemuda yang menyuapku selama ini. Bunyi tapak kaki kamu tidak seperti dahulu. Tangan kamu kasar,bukannya seperti dahulu halus tangannya. Siapakah pemuda yang selama ini menolong aku?' . Terhentak sebentar Abu Bakar. Abu Bakar menangis mengenang semula Nabi Muhammad. Dengan keadaan menangis Abu Bakar berkata ' Pemuda tersebut ialah Nabi Muhammad SAW'. Nenek itu tersebut kerana tidak pernah menyangkan bahawa pemuda tersebut ialah Nabi Muhammad SAW. Nenek tersebut terus mengangkat tangannya lalu mengucap ..... 'Aku selama ini telah melakukan perkara yang amat memalukan selama ini. Amat baik budi pekerti Nabi Muhammad. Tiada tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah'
iktibar dari cerita ini. Marilah kita contohi Rasulluah. Amin..
No comments:
Post a Comment