Powered By Blogger

Friday, May 28, 2010

Buang Bayi : Adakah jalan pintas hapus dosa

Ya, memang benar. Tiada sesiapapun yang pernah meminta dirinya untuk dilahirkan di dunia ini. Tiada yang merayu-rayu untuk melayan kerenah dunia ini. Tiada sesiapapun pernah.... Namun, kita masih hidup di dunia, di sini. Diizinkan Allah SWT untuk menghuni dunia ini, bagi tujuan yang sama iaitu menyembah-Nya. Namun, ramai antara kita dilahirkan disambut dengan senyuman keluarga. Dilaungkan azan. Diberikan kasih sayang, malah dibesarkan dengan penuh dengan kemanjaan bagai menatang minyak yang penuh. Tetapi...... Itu kita........

Cukup berbeza dengan perkembangan mutakhir ini. Jiwa penuh dengan kerisauan dan keresahan. Apabila tiap-tiap minggu kita dihidangkan dengan berita pembuangan bayi... Mereka juga tidak pernah meminta untuk dilahirkan semata- mata untuk dibuang. Itu namanya kerja kurang akal.Belum sempat mereka melihat dunia , Tempat pertama dan tempat terakhir mereka di dalam tong sampah. Sedar-sedar, jasad mereka dijumpai dalam keadaan ngeri. Jenayah apa ini?

Memang benar kata orang tua bahawa dunia sekarang ini pelik. Sudah terlanjur kemudian buang bayi. Semata-mata mahu mengelak aib di muka mereka.

Keseronokkan sementara= menderita selamanya.

Salah didikan agamakah? Salah ibu bapakah?

Iktibarnya, ialah janganlah sesekali terpenaru dengan nafsu. Jangan membiarkan nafsu kita bermaharajalela. Ingatlah, Allah tidak pernah lupa memehartiakn gerak-geri hamba dan makhluk-Nya . Ingatlah.............

No comments:

Post a Comment