Powered By Blogger

Thursday, May 27, 2010

'couple itu haram'


Couple itu haram. Mengapa saya mengatakan begini kerana Firman Allah S.W.T dalam Surah An-Nur ayat 30 :

"Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan."

Juga dalam Surah An-Nur ayat 31 :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka.."

Dengan firman Allah tersebut,kita dilarang sama sekali ber'couple'. Tetapi sesetengah orang berkata kepada saya yang 'couple' itu tidak haram selagi tidak berzina. Itu pandangan orang lain. Dari sudut pandangan saya pula couple itu haram kerana apabila kita memandang seseorang itu akan terlintas di dalam hati kita itu akan seseorang itu lalu menimbulkan khayalan. Khayalan ini menyebabkan kita mempunyai 'keinginan' lalu timbul zina kecil.. lama-kelamaan akan timbul pula zina besar. Jika pembaca masih belum memahami saya terangkan dengan lebih senang. Baiklah cuba lihat persamaan di bawah:

Couple= menghampiri zina
Menghampiri zina=haram

Maka couple itu haram.....

iktibarnya ialah janganlah kita sesekali ber'couple' kerana kita akan melakukan dua kesalahan iaitu zina mata dan zina hati. Jika inginpun selepas kahwin jawabnya bak kata orang kahwin dahulu bercinta kemudian....

No comments:

Post a Comment