Powered By Blogger

Thursday, May 27, 2010

Setiap perbuatan itu akan dibalas......




Nabi Muhammad pernah bersabda Allah berfirman, setiap perbuatan itu akan dibalas walaupun sebesar zaharahpun. Oleh itu dengarlah suatu kisah yang seangkatan dengannya....

Kisah-kisah.......

Terdapat seorang musafir yang berada di Makkah . Pemuda itu sudah kehabisan wang. Semasa berjalan di padang pasir, pemuda tersebut terjumpa satu kalung yang antik. lalu disimpannya. Semasa berjalan lagi pemuda tersebut terdengar seseorang yang sedang mencari kalung serupa dengan yang dijumpainya. Lepas itu pemuda itu beredar sahaja tanpa mengucap terima kasih. Lagi sekali musafir itu tiada mempunyai apa-apa. Musafir tersebut pergi ke tepi pantai dan menaiki sampan untuk berlayar. Tetapi 'malang tidak berbau' musafir itu dilanda ribut. Selepas beberapa jam. Musafir itupun sedar dan berada di sebuah pulau. Maka Musafir tersebut pergi ke surau untuk bersembahyang. Selepas menunaikan solat, musafir tersebut membaca kitab Al -Quran. Semasa membaca ramai penghuni surau itu mendekatinya. 'Adakah anda pandai membaca Al-Quran?' lalu musafir itu menjawab' Ya' ' Jadi tolong ajarkan anak kami.' Lalu diajarkan kepada anak mereka dengan bayaran. Selepas pemuda tersebut menulis. ' Adakah kamu reti menulis? ' ' Ya' Lalu dijarnya anak mereka menulis dengan bayaran. Di pulau tersebut terdapat seorang gadis yang masih belum bersuami. Lalu Musafir tersebut berkahwin dengan gadis tersebut. Pada malam pertama, musafir tersebut ternampak isterinya memakai kalung antik seperti yang dijumpainya. lalu si suami bertanya. ' Apakah asal-usul kalung tersebut. Lalu dicerita kepada suaminya. Kalung itu merupakan milik ayahnya.pernah sekali kalung tersebut hilang di Makkah lalu dijumpai oleh seorang pemuda. Ayahnya berharap anak perempuannya itu dikahwinkan dengan pemuda seprti dengan pemuda yang menjumpai kalungnya itu.. Di akhir cerita ini Si Suami itupun sergah ' Sayalah pemuda tersebut'

Iktibar dari cerita ini ialah setiap perkara yang dilakukan itu akan dibalas oleh Allah samada sebesar zaharahpun........

No comments:

Post a Comment